Assalamualaikum.
Dah lebih setahun kelas mengaji diadakan di kejiranan rumah aku. Alhamdulillah, mereka yg rajin dtg ke kelas setiap Sabtu dapatlah merasa perbezaan dalam bacaan alquran masing2.
Aku sendiri dah smp surah Al-Maidah.
Alhamdulillah.
Sebenarnya, bukan mudah nak commit utk kelas2 seperti ini. No strings attached. Tiada peperiksaan. Tiada kedatangan diambil. Semua ini fisabilillah dan ikhlas.
Soulmate dan aku pun selalu sediakan rumah kerana tiada surau berhampiran. Tambahan pula ada yg akan bawa anak2 sekali sebab tiada maid. Kami faham dan tak kisah pun. Mula2 dulu antara jiran kami bergilir2 rumah. Namun semenjak tahun ini.... seolah2 sudah "label" rumah kami mmg tempat mengaji kerana tiada lagi giliran dan tiada lagi yg sanggup.
Selepas setahun.....
Kedatangan makin membimbangkan.
Lebih membimbangkan... dalam whatsapp group, tiada respon.
Ditanya kelas siapa yg akan hadir pun susah sangat nak buat keputusan!!
Kalau tak dpt hadir pun....ada yg tanpa segan silu mendiamkan diri seribu bahasa.
Tahu tak ini sangat membimbangkan!!
Budaya diam ni.
Kalau org tanya tu bukankah wajib dijawab??
Kalau dalam group lain... cerita ttg kehidupan punya boom bam sembang hebat!! Tapi bila tanya dtg kelas.... liat cam daging kerbau pencen.
Ada pulak last minute baru bgtau tak dtg tanpa alasan.
Adakah itu budaya kita??
Btw.... yg selalu tak dtg tu kalau bacaan bagus takpelah..... merangkak.
Lepas setahun tiada perubahan tu apa maksudnya?? (Fikirlah sendiri)
Bila ustazah tegur.
Buat rules... kalau taknak dtg tlg bgtau sebab. Itu adab antara guru dan murid.
Terus. Melenting!!
Tak boleh terima.
Perkataan ADAB itu mungkin terlalu sensitif bagi mereka.
Memang takde adab pun kalau org tanya dlm group tak jawab.
Memang takde adab pun bila menyalahkan orang lain atas kesalahan diri sendiri.
Memang takde adab pun dtg rumah org tangan kosong tak bawa pape pun setiap minggu.
Memang takde adab pun pinggan mangkuk tak tlg cuci lepas makan.
Memang takde adab pun kalau mengumpat dan mengata belakang2 (bacul).
Memang takde adab pun bila minta gilir rumah utk jd tuan rumah kelas ngaji buat diam je.
Ustazah kami mungkin muda tetapi kena hormat ilmu dia.
Mama Papa aku selalu ajar.... kalau nak org hormat kita.. kita kena hormat org dulu.
Aku bg contoh...kalau student aku tak dtg kelas takde bg sebab... aku marah.
Ada yg kata jgn samakan dia dgn "student" aku??? Apekah itu??
Kesimpulan aku pada kejadian ini:
1. Orang yang berjaya mencari jalan.
Orang yang gagal mencari alasan.
Betullah tu. Aku dan kawan2 yg selalu dtg ngaji dah blok masa mengaji tu utk commit. Kalau mentaliti kita... alaaa.. kelas ngaji je.. boleh ponteng2... abes lah.
Ingat kami ni takde kenduri kawen nak pergi? Takde ibu ayah nak jengah?? Takde anak OKU kena hantar terapi? Takde anak3 atau suami??
Sama je.
Tapi bila terlalu memikirkan diri.... tu pun jadi gitu.
Lagipun diorg ada mak lagi.
Aku anak yatim diperlaku begini.
Rasulullah kata kalau kita tak boleh sayang sahabat spt sayang diri kita... tak cukup beriman kita.
2. Hormat orang tak kira umur.
Tak semestinya kau berumur, berpangkat besar, berumah besar kau dapat hormat drp manusia. You have to earn it.
Memanglah kita perlu menghormati yg tua.. tetapi jangan lupa... org muda juga perlu dihormati. Itu indahnya Islam. Setiap lapisan masyarakat itu ada haknya.
Jangan sampai satu hari nanti kita malu sendiri mengenangkan apa yang kita dah lakukan kpd org lain tu.
Kalau org dtg ke rumah kita sbg tetamu.... sambutlah org itu sbg tetamu. Ajak masuk rumah. Ajak duduk. Jangan smp tetamu tu tunggu awak habis basuh pinggan sampai 15 minit depan pagar. Anak main jengah2 kat pintu ckp kejap ye.. kejap.
3. Jaga hak jiran.
Jiran itu rakan juga. 40 pintu ke depan ke belakang atau ke kiri dan ke kanan. Kalau dah buat hal macam ni..... tak.mungkin hubungan sesama jiran akan jadi baisa2 kembali.
Jangan oleh kerana satu pihak sepanjang setahun ok je menyediakan rumah dia untuk tempat mengaji terus ....owh takpe.. dia selalu boleh je .. ade je.
Kami pun cukup2 je makan pakai.
Allah cukupkan.
Ada masa kami pun korek tabung untuk bagi makan tetamu yg hadir.
Tetapi kami tidak akan pernah bagitahu tetamu atau jiran.
Kami layan seadanya.
InsyaAllah Allah memang sentiasa cukupkan.
4. Jangan "assume" semua seperti anda.
Itu lah satu ilmu yg paling aku hargai dari kejadian ni.
Aku assume semua yg hadir mengaji itu punya matlamat spt ku.... iaitu benar2 mengaji ikhlas nak memperbaiki diri dan hubungan dengan Allah.
Silap..
Keluar dah ayat " biar saya dgn cara saya... awak dgn cara awak".
Selama ni ade ke cara saya je semuanya?
Umah lain2 maaaa....
Cara lain2 la...
Aku memang selalu cuba sedaya upaya utk ikhlas. Tapi dpt jiran2 macam ni.... keikhlasan tu kdg2 menipis. Tambah pulak skg ni diorg menyalahkan aku tak menangani hal ini dengan baik.... terus hilang rasa nak terus lakukan kebaikan.
Tapi ustazah ingatkan..
Papa pun ingatkan...
Iwan pun ingatkan.
Kita buat segalanya kerana Allah.
Allah yang akan nilai.
Biar manusia mengeji Allah sayang.
Aku serahkan semua kpd Allah.
Bukan mudah berjihad ke jalannya.
Rasulullah pun berdakwah berbelasan tahun baru diterima.. inikan aku yg cuma nak sebarkan ilmu di taman ni. Baru setahun je pun.
5. Segala yang berlaku itu ada hikmahnya
Itu yang paling aku percaya. Dalam hidup aku dah banyak kali aku dah lihat perkara ini. Aku percaya kepada Allah dan aku tahu ini jalan Allah nak meringankan bebanan aku.
Moga mereka juga dapat lihat hikmahnya dan diberi hidayah serta peluang meneruskan pelajaran mereka.
Serius. .... diorg mmg perlukan.
Mungkin lebih drp kami yg tinggal dlm geng ngaji.