Friday, April 17, 2015

Perjalanan Istimewa Alif - Alif & Dr. Rajini (Pertemuan Pertama)

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Hari ini saya mahu berkongsi kegembiraan kami dapat bertemu dengan pakar perkembangan kanak-kanak yang terkenal di Malaysia iaitu Dr. Rajini Sarvananthan yang kini bertugas di Desa Parkcity Medical Center (DPMC). She is THE BEST!!

Kenapa saya katakan yang demikian?

Yang pertamanya, senarai menunggu untuk satu temujanji dengan Dr. Rajini memakan masa bertahun! Saya sendiri membuat temujanji pada awal tahun lalu dan sepatutnya sesi kami tahun September 2016, (alhamdulillah) dipercepatkan ke 15hb April 2015 yang lalu.

Keduanya, ramai pakar kanak-kanak apabila disebut namanya, ramai mengenalinya!

Ketiga, servis yang diberikan sememangnya sangat world-class!
Berpatutan dengan harga yang dibayar (hahahaha). Di DPMC kami diberi satu SMS peringatan 2 hari sebelum dan diminta untuk membalas SMS samada confirm atau reschedule. Jika tidak dibalas, staf Dr. Rajini (Ms. Sara) akan menelefon semula untuk confirmation! Berbeza dengan hospital-hospital swasta yang kami biasa pergi, sekira kami miss appointment tiada siapa yang akan memberi peringatan (kecuali DEMC - tetap di hati uolls!! hahaha).
Oklah, hospital ini baru, I should give credits to that!


Taman permainan yang cantik menanti anda di sini

Apa yang paling memeranjatkan kami adalah Dr. Rajini sendiri yang ke pintu memanggil kami masuk dengan satu senyuman yang sangat manis!! Assessment Alif berjalan selama 2 jam lebih!! Sesi ini adalah one-to-one ya? Bukan ada nurse membantu ya?

Tak percaya kan?? Alif menyelesaikan puzzle 60 pieces SENDIRI!!

Assessment dengan blok kayu berwarna


Lukisan Alif dan itu adalah dirinya sendiri, okeh!



Dr Rajini main bola dengan Alif. 

Bukan sahaja Dr. Rajini memberi sepenuh perhatian kepada Alif dan segala yang kami ceritakan kepadanya, dia juga melompat dan berlari dengan Alif!! (Kau ade??) Dari pengamatan kami, Alif lebih selesa dengan Dr. Rajini berbanding doktor sebelum ini.

Hasilan dari assessment Dr. Rajini:

  1. Alif mempunyai masalah di setiap aspek pembelajaran, oleh itu dikategorikan sebagai General Slow Learner.
  2. Pemikiran Alif adalah bersamaan kanak-kanak berusia 6 tahun (walaupun dia berusia 9 tahun) - ini dipangil Global Delay.
  3. Alif mempunyai isu huruf terbalik-terbalik kedudukan (bukan mirror image) membawa kepada mild dyslexia.
  4. Isu visual perception iaitu pemprosesan imej adalah sangat ketara.
  5. Satu lagi isu adalah isu working memory yang lemah. Dalam ujian memori yang diberikan kepadanya, dari 6 item dia berjaya menyebut 5 darinya dengan bantuan (hasil terapi OT/ST dari Urban Ethos sebelum ini, tentunya).
  6. Sequencing & logic juga dalah masalah pada Alif. Antara isu dalam kategori dyslexia. 


Homework kami:

  1. Ajarkan Alif ingat nombor telefon dan alamat rumah kami
  2. Ajar main teng tengcongkakdan dam ular buat sendiri (untuk counting dan sequencing)

Dr Rajini sangat kagum dengan segala yang telah kami lakukan untuk Alif dan dari pencapaian yang telah Alif peroleh hingga ke tahap kini.
Dr. Rajini mencadangkan agar Alif di tempatkan di kelas inklusif, namun ini amat sukar kerana tidak semua sekolah di Shah Alam mempunyai perkhidmatan ini. Dia sendiri memahami masalah ini dan tidak memaksa kami membuat keputusan ini segera. Inilah salah satu cabaran bagi anak-anak berkeperluan khas. Namun, as usual, kami pasti dapat mencari jalan untuk setiap kekangan dalam sistem pendidikan Malaysia, insyaAllah.

Doakan perjalanan istimewa Alif dipermudahkan.
Rabbi yassir ya rabb. Amin.

Salam sayang,
LynnYanie - Mama Alif

Wednesday, April 15, 2015

Mentaliti Masyarakat Malaysia Kelas Pertama? (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera...

Hari ini di ikim.fm di segmen Warna Pagi, diskusi berkisar tentang kemudahan warga OKU disediakan di negara-negara Islam dan negara-negara bukan Islam. Sudah tentunya kebanyakan negara bukan Islam yang dijadikan perbandingan adalah negara-negara maju. Di negara-negara maju seperti Jepun dan Australia, hak pengguna sangat-sangat diperjuangkan. Prasarana yang dibina akan mengambilkira segala aspek, dan ini termasuklah keperluan warga OKU. 

Saya ke Australia beberapa bulan yang lalu. 

Bila saya bercerita tentang kecanggihan sistem dan prasarana di sana, terdapat rakan-rakan saya yang seolah-olah membuat mimik dan memberitahu yang saya ini terlalu mengagung-agungkan negara tersebut. Masalahnya, bukan mendengar intipati saya ceritakan tetapi memberi tanggapan negatif kepada saya. 

Oleh kerana ini blog saya (hahahahahaaa), mari saya ceritakan.


1. Prasarana dan kemudahan awam

Australia memang sebuah negara maju. 
Jujur saya katakan kita boleh lihat disegenap penjuru kesan kemajuan itu terserlah.
Bukanlah dari segi teknologi dan kemodenan sistem yang terlalu canggih (mungkin Jepun lebih dari segi itu), tetapi prasarana yang mengambilkira keperluan setiap lapisan masyarakat. Perkhidmatan awam adalah sangat 'punctual'. Jika 10.23 pagi dijangka sampai, tepat pada masa tersebut bas/ keretapi akan tiba!! Oleh yang demikian, mereka boleh membuat aplikasi android dan iphone bagi jadual perjalanan bas/keretapi tersebut. Di dalam bas, terdapat ruang untuk ibubapa membawa bayi di dalam 'stroller' dan juga warga OKU berkerusi roda. Malah bas dilengkapi dengan ramp untuk warga OKU tersebut turun/naik ke dalam bas. Begitu juga keretapi, jika terdapat warga OKU di dalam gerabak mereka, menanti di stesen berkenaan pegawai bertugas dengan platform diletakkan antara 'gap' keretapi dengan platform stesen untuk menurunkan warga OKU tersebut. 



Oleh yang demikian, masyarakat di sini dapat menggunakan pengangkutan awam dengan sebaiknya. Malah warga emas yang pernah saya temui berusia 83 tahun, menaiki keretapi untuk ke rumah sepupunya, tanpa rasa risau atau takut.

Masyarakat di sini cintakan pantai mereka. Hartanah yang hampir dengan laut lebih mahal berbanding hartanah yang lebih jauh kedudukannya dari pantai. Malah kebanyakan bandar-bandar besarnya terletak di pesisiran pantai. Mereka sukakan aktiviti bersukan dan aktif seperti surfing, berenang, berbasikal dan juga berjalan kaki ke mana sahaja. Oleh itu, kebanyakan taman-taman menyediakan trek berasingan bagi pejalan kaki dan penunggang basikal. Oh ya, mereka memang banyak taman-taman untuk berkelah dan bersantai. Taman-taman mereka sangat bersih dan dijaga dengan rapi. Sampah sarap susah untuk dilihat kerana displin dan mentaliti kelas pertama mereka.




2. Mentaliti kelas pertama (First-class mentality)

Mengapa saya highlight tentang mentaliti kelas pertama? Setelah perkara ini diutarakan oleh Pak Lah dulu, saya tertanya-tanya apakah maksud tersirat disebalik kenyataan bahawa masyarakat kita ini punya mentaliti kelas kedua? Terdetik amarah saya pada kenyataan tersebut. 

Namun persoalan tersebut terjawab di bumi kanggaru dan koala ini.

i.  Displin yang tinggi.
Masyarakat di sini mempunyai displin yang tinggi. Segala peraturan dipatuhi dengan sepenuhnya. 
Saya sampai di Australia, saya sudah diperingatkan untuk sentiasa memakai seatbelt walaupun saya adalah penumpang di tempat duduk belakang. Tanda had laju dipatuhi sepenuhnya dan juga parkir kereta 2 jam sahaja juga dipatuhi. Bagaimana mereka boleh sangat berdisplin?? Pertamanya, penguatkuasaan yang sangat-sangat ketat. Pernah satu kereta memandu melebihi had laju memotong kenreta kami, tidak sampai pun 5 kilometer kereta tersebut di tahan polis. Kamera cctv dipasang di setiap penjuru dan semua ini dikawalselia oleh pihak penguatkuasa dengan mata helang! Kesalahan trafik boleh dikompaun kenderaan atau lebih teruk, lesen ditarik!! Keduanya, di sekolah lagi mereka dididik dengan kepatuhan kepada undang-undang dan cara hidup kelas pertama. Tidak satu pun tandas mereka yang saya gunakan busuk atau kotor, walau pun tandas tersebut di Jervis Bay, di mana tandas tersebut rupanya seperti tandas luar rumah di kampung-kampung pada zaman dahulu, beratap dan berdinding zink! Ok... mereka memang tidak menyediakan hos paip air tetapi bekalan tisu tidak pernah habis. 




ii. Budaya pembersih
Budaya mereka (yang patut kita contohi) adalah, setiap kali selepas menggunakan sesuatu public emenities pastikan keadaannya dalam keadaan yang bersih dan baik untuk digunakan oleh orang yang seterusnya. Bukankah Islam juga menggalakkan kita bersih sentiasa, dan ini adalah contoh terbaik. 

Kami pernah ber'picnic' dengan seorang pesara guru Australia, dan satu bahagian daripada fries jatuh ke tanah. Apa yang memalukan kami adalah, Tony (guru tersebut) mengutip bahagian fries tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah berdekatan. Begitu sekali budaya pembersih yang wujud di dalam diri mereka.

iii. Kehidupan Stress-Free
Bukankah ini yang sangat kita mahukan???
Saya dan rakan-rakan sudah terbiasa dengan waktu belajar/ kerja sehingga ke jam 6 petang. Di Wollongong, kami dapati pada jam 4 petang kafe sudah tidak beroperasi dan jam 5 petang kampus sangat sunyi! Bagi mereka, selepas waktu pejabat adalah waktu untuk famili dan rakan-rakan. Pengangkutan awam disediakan tetapi sangat terhad pada waktu malam. Kami dapati pasaraya besar seperti Woolworths (ala-ala Giant/ Tesco) tutup pada jam 6 petang!! Selepas jam 8 malam, hanya pub dan bar sahaja yang beroperasi.  

Kafe-kafe dan kedai runcit yang kecil wujud di sekitar perumahan dan sangat bersih serta bahan-bahannya segar! Ok, waktu operasinya juga sehingga jam 3 atau 4 petang sahaja. 





3. Sistem Penguatkuasaan dan Perundangan yang sangat Ketat dan Konservatif walaupun masyarakat Liberal

Saya selalu bertanggapan masyarakat di sini sangat open dan itu adalah benar. Mereka secara terbuka menzahirkan kasih sayang mereka di mana mereka bercumbu-cumbuan di tempat awam (kebetulan saya sampai itu di hari Valentine, lagilah!).  Walau bagaimana pun, sistem penguatkuasaan yang ketat mengekang gejala-gejala yang tidak diingini. Ini menjadikan Australia negara yang selamat dan dapat diurustadbir dengan baik. Terdapat banyak elaun yang diberikan kepada rakyatnya seperti elaun ibu tidak bekerja, elaun pelajar, elaun pasangan pelajar yang mempunyai anak, dan pelbagai elaun yang membantu segenap lapisan masyarakat di samping mengekang gejala sosial dan mengurangkan kelompok gelandangan. 


Persoalan utama, ADAKAH MASYARAKAT MALAYSIA BOLEH MENCAPAI TAHAP FIRST-CLASS MENTALITY??

Kita akan kupas isu ini di siri yang akan datang, insyaAllah.

Salam mesra
Lynn Yanie


Tuesday, April 14, 2015

Promosi Time: SMART Parenting 2015

Promo promo promosi time!!

Kali ini yang saya nak promosikan satu seminar yang sangat baik untuk ibubapa dan bakal ibubapa, yang mahukan anak-anak berjaya bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat juga. Apakah seminar itu?? jeng jeng....


Ini dia...
SEMINAR SOLEH WA MUSLEH ART OF PARENTING atau singkatannya SMART PARENTING 2015.

Apa yang best?? Apa yang mengujakan??

PERTAMA:
Perhatikan invited speaker !!
Semua adalah pakar dalam bidang masing-masing.
Bukan calang-calang orang yang dijemput.





KEDUA:
 Pengisian meliputi 6 aspek konsep keibubapaan.
Soalannya: tahukah anda apa 6 aspek itu??
haaaaaa..... boleh jawab?? boleh?? boleh??

Poster seminar ni jawabkan.

1. AQIDAH
2. PENCINTA AL-QURAN
3. PERKEMBANGAN MINDA
4. KESIHATAN PREDIATRIK
5. BIJAK GENDER
6. PENDIDIKAN SEKSUAL

KETIGA:
Babysitter tak boleh jaga anak? Anak-anak tak tahu nak letak mana kalau mak bapak berseminar??
Senang bah itu.... Pihak penganjur sediakan nursery dan Kid's Corner lawatan ke Farm in the City (bayaran tambahan RM40 dan RM 80 untuk keduanya).

Baguskan penganjur?? Semua difikirkan... segala aspek, insyaAllah.

What else??

HARGA MAHAL???

Mana ada....
Penganjur siap turunkan harga supaya ramai boleh ikutserta. Tak percaya???


Hanya RM50 per individu.
Siap macam jualan tudung plak, beli 10 percuma 1 tiket... hahaha...

Nak tunggu gaji??
No problem.
Soft book dulu, please... untuk soft book klik pautan ini - - - > softbooking SMART PARENTING 2015

Mari kita bantu diri kita menjadi ibubapa yang lebih baik.
Moga Allah lihat ini sebagai sesuatu amalan yang dikira semasa di padang mahsyar kelak.
Juga moga Allah bantu kita mendapat anak-anak yang soleh wa musleh!

Monday, April 13, 2015

Perjalanan Istimewa Alif - Bahagian 7

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Sementara membuka blog, saya beri sedikit update kepada perkembangan Alif.
Alhamdulillah, semalam adalah sesi bersama Puan Hasanah di Bangi. Semalam merupakan sesi yang ke 5 bersamanya dan Alif nampak sangat seronok dan selesa bila bersama Puan Hasanah.

Kepada yang baru mengikuti blog ini, Puan Hasanah adalah pakar braingym di Malaysia. Seorang yang sangat saya hormati dalam pendidikan anak-anak istimewa seperti Alif dan rakan-rakannya. Alif, mempunyai masalah visual perception serta mempunyai mild dyslexia yang menyebabkan dia dikategorikan sebagai slow learner.

Alif bukanlah tidak dapat dibantu. Alhamdulillah selepas setahun mendapat bantuan yang diperlukan, dia sudah boleh membaca, menulis dan mengeja. Perkara-perkara ini adalah jauh daripada pemikiran saya sebagai seorang ibu, sekiranya anda melihat tahap Alif pada Jun 2014 yang lalu. Bukankan mengeja, menulis dan membaca juga adalah perkara yang sukar baginya.

Berbalik kepada sesi terapi braingym dengan Puan Hasanah.
Untuk makluman semua, braingym bukan sahaja untuk kanak-kanak istimewa seperti Alif, tetapi boleh diaplikasikan kepada semua anak-anak di setiap peringkat umur. Anda boleh mendapat lebih info di website Braingym ini.




Biasanya kanak-kanak istimewa mempunyai masalah dengan motor kasar dan motor halus. Oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti dalam braingym dalam membantu perkembangan motor-motor ini supaya kecekapan motor-motor ini ditambahbaik.

Alif bukan sahaja mendapat pertolongan dr Puan Hasanah, tetapi dari tenaga terapist dari Urbane Ethos di Denai Alam. Berita gembira, Alif mendapat satu slot dari Dr. Ranjini dari Park City Medical Centre hari Rabu ini. Moga dengan bantuan pakar perkembangan kanak-kanak terbaik di malaysia, dia mendapat segala yang diperlukan untuk advance dalam hidupnya.

Amin.

Salam sayang,
Lynn Yanie

Bento, Kosmo dan harijadi!

Assalamualaikum and Selamat Pagi.

Ramai yang request agar blog ini di dalam Bahasa Melayu kerana manfaat yang boleh diberikan kepada semua. Guess what?? You get what you requested for!

Tetapi izinkan saya menggunakan mix language kerana saya selalu bertutur dalm dual mode.
InsyaAllah akan saya sampaikan segala ilmu yang bermanfaat dan bukan sekadar omongan kosong.

Sabtu lepas (11 April 2015) kami sekeluarga menyambut harijadi soulmate. Alhamdulillah, bukan itu sahaja yang disambut.




We were chosen to be the face of BENTO... I love bentoing!!
Boleh semak akhbar Kosmo! bertarikh 11hb April 2015 dalam segmen Rencana.
Terima Kasanabilah dan jurugambar yang hadir ke teratak buruk kami 25hb Mac 2015 yang lalu. Berbaloi penat lelah menyediakan 6 bento dalam masa beberapa jam. Siap demam selepas itu. LOL!

Selepas ini moga-moga blog ini akan lebih dapat memberi sumbangan kepada rakyat Malaysia terutama ibu-ibu yang memerlukan informasi berkenaan anak istimewa seperti Alif, bento, dan tips ibu bekerjaya seperti saya yang sedang menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi (amin!). Moga juga mendapat respon yang baik dari semua.

Salam Sayang,
Lynn Yanie