Friday, April 17, 2015

Perjalanan Istimewa Alif - Alif & Dr. Rajini (Pertemuan Pertama)

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Hari ini saya mahu berkongsi kegembiraan kami dapat bertemu dengan pakar perkembangan kanak-kanak yang terkenal di Malaysia iaitu Dr. Rajini Sarvananthan yang kini bertugas di Desa Parkcity Medical Center (DPMC). She is THE BEST!!

Kenapa saya katakan yang demikian?

Yang pertamanya, senarai menunggu untuk satu temujanji dengan Dr. Rajini memakan masa bertahun! Saya sendiri membuat temujanji pada awal tahun lalu dan sepatutnya sesi kami tahun September 2016, (alhamdulillah) dipercepatkan ke 15hb April 2015 yang lalu.

Keduanya, ramai pakar kanak-kanak apabila disebut namanya, ramai mengenalinya!

Ketiga, servis yang diberikan sememangnya sangat world-class!
Berpatutan dengan harga yang dibayar (hahahaha). Di DPMC kami diberi satu SMS peringatan 2 hari sebelum dan diminta untuk membalas SMS samada confirm atau reschedule. Jika tidak dibalas, staf Dr. Rajini (Ms. Sara) akan menelefon semula untuk confirmation! Berbeza dengan hospital-hospital swasta yang kami biasa pergi, sekira kami miss appointment tiada siapa yang akan memberi peringatan (kecuali DEMC - tetap di hati uolls!! hahaha).
Oklah, hospital ini baru, I should give credits to that!


Taman permainan yang cantik menanti anda di sini

Apa yang paling memeranjatkan kami adalah Dr. Rajini sendiri yang ke pintu memanggil kami masuk dengan satu senyuman yang sangat manis!! Assessment Alif berjalan selama 2 jam lebih!! Sesi ini adalah one-to-one ya? Bukan ada nurse membantu ya?

Tak percaya kan?? Alif menyelesaikan puzzle 60 pieces SENDIRI!!

Assessment dengan blok kayu berwarna


Lukisan Alif dan itu adalah dirinya sendiri, okeh!



Dr Rajini main bola dengan Alif. 

Bukan sahaja Dr. Rajini memberi sepenuh perhatian kepada Alif dan segala yang kami ceritakan kepadanya, dia juga melompat dan berlari dengan Alif!! (Kau ade??) Dari pengamatan kami, Alif lebih selesa dengan Dr. Rajini berbanding doktor sebelum ini.

Hasilan dari assessment Dr. Rajini:

  1. Alif mempunyai masalah di setiap aspek pembelajaran, oleh itu dikategorikan sebagai General Slow Learner.
  2. Pemikiran Alif adalah bersamaan kanak-kanak berusia 6 tahun (walaupun dia berusia 9 tahun) - ini dipangil Global Delay.
  3. Alif mempunyai isu huruf terbalik-terbalik kedudukan (bukan mirror image) membawa kepada mild dyslexia.
  4. Isu visual perception iaitu pemprosesan imej adalah sangat ketara.
  5. Satu lagi isu adalah isu working memory yang lemah. Dalam ujian memori yang diberikan kepadanya, dari 6 item dia berjaya menyebut 5 darinya dengan bantuan (hasil terapi OT/ST dari Urban Ethos sebelum ini, tentunya).
  6. Sequencing & logic juga dalah masalah pada Alif. Antara isu dalam kategori dyslexia. 


Homework kami:

  1. Ajarkan Alif ingat nombor telefon dan alamat rumah kami
  2. Ajar main teng tengcongkakdan dam ular buat sendiri (untuk counting dan sequencing)

Dr Rajini sangat kagum dengan segala yang telah kami lakukan untuk Alif dan dari pencapaian yang telah Alif peroleh hingga ke tahap kini.
Dr. Rajini mencadangkan agar Alif di tempatkan di kelas inklusif, namun ini amat sukar kerana tidak semua sekolah di Shah Alam mempunyai perkhidmatan ini. Dia sendiri memahami masalah ini dan tidak memaksa kami membuat keputusan ini segera. Inilah salah satu cabaran bagi anak-anak berkeperluan khas. Namun, as usual, kami pasti dapat mencari jalan untuk setiap kekangan dalam sistem pendidikan Malaysia, insyaAllah.

Doakan perjalanan istimewa Alif dipermudahkan.
Rabbi yassir ya rabb. Amin.

Salam sayang,
LynnYanie - Mama Alif

No comments:

Post a Comment