Mesti uolls bayangkan kutu atas kepala tu kan??
SISTEM KUTU YANG SISTEMATIK
Kutu diperkenalkan dari zaman dahulu lagi, zaman tok nenek kita. Di kampung-kampung masih lagi ada kutu yang tidak melibatkan duit, seperti kutu beras, kutu kenduri dan sebagainya. Sistem kutu digunakan untuk membantu mereka yang terdesak menggunakan wang untuk pembayaran contohnya road tax, insurans dsbg nya. Tiada keuntungan diperolehi daripada permainan kutu ini, jadi kutu ini adalah seolah-olah simpanan tanpa riba.
Sistem kutu yang sempurna adalah seperti berikut:
1. Seorang dilantik menjadi MAK KUTU. Biasanya Mak Kutu adalah orang yang dipercayai dan amanah.
2. Pemain kutu akan setuju dengan amaun, tempoh pembayaran, tarikh kutipan -contoh RM 100 sebulan sekali, pembayaran dari 25hb hingga 30hb setiap bulan.
3. Pemain akan undi atau berbincang tentang giliran masing-masing. Contoh: Kutu mula Januari, pemain A akan dapat giliran bulan Januari, seterusnya pemain B dapat giliran Februari.
4. Pada tarikh kutipan, Mak Kutu akan mula mengutip wang dari pemain-pemain. Setelah cukup akan diserahkan kepada pemain mengikut giliran.
5. Begitulah sehingga tamat giliran.
6. Biasanya pemain terakhir diberikan bonus untuk menarik pemain tersebut menjadi pemain terakhir. Bonus dikutip biasanya dari pemain pertama atau orang yang memulakan Kutu ini.
SISTEM KUTU KURANG SEMPURNA
Tidaklah diketahui sama ada GST mempunyai impak langsung atau secara tidak langsung kepada permainan kutu ini. Namun, saya sedang merasa impaknya.
Saya menyertai kutu di mana saya tidak mengenali Mak Kutu secara fizikal. Namun atas dasar mempercayai seorang rakan, saya menjebakkan diri dalam permainan kutu ini dengan niat utama membantu pemain-pemain yang memerlukan. Pemain-pemain ini adalah dari pelbagai golongan, profesional sedikit, pekerja kilang, suri rumah, admin dan sebagainya. Saya mengambil giliran ketujuh daripada 10 pemain. Pada awal permainan kutu ini, segalanya berjalan dengan baik. Saya memang membayar dalam tempoh yang ditetapkan.
Semenjak bulan Mac 2015, desas desus mengenai kutu kumpulan ini menghadapi masalah sudah mulai timbul. Namun, April 2015 segalanya ketara. Sepatutnya pada 8hb April kesemua jumlah kutu telah dapat diselesaikan kepada pemain. Pemain giliran April 2015 mendapat jumlah wang secara ansuran dan penghujung bulan April baru lah dapat sepenuhnya.
Giliran saya bulan Mei 2015 sudah mendapat pesanan ringkas (whatsapp) yang meminta ditangguhkan pembayaran daripada 3 pemain ke hujung bulan Mei. Namun, dek kerana niat membantu (walaupun tidak setuju dan rasa diperkotak katikkan) saya turutkan juga.
IMPAK GST
Saya lihat hal ini adalah bukan sahaja sistem kutu yang kurang sempurna tetapi kesan langsung GST kepada masyarakat, di mana apabila GST dilaksanakan:
1.
2. Masyarakat mementingkan diri sendiri dan bersifat individualistik melampau. Dalam keadaan kesusahan dan survival, manusia akan mementingkan diri dan mengenepikan segalan yang lain. Dalam hal kutu, perjanjian kutu ini dikira sampingan dan oleh kerana kami saling tidak mengenali sesama sendiri, bertambahlah prioriti tersebut menjadi murah!
3. Tiada hormat sesama masyarakat. Ini saya lihat saban hari. Mungkin akhir zaman, mungkin generasi Y, saya tidak 100% pasti. Namun, apabila tekanan hidup mendesak, tiada lagi senyuman murah dilontarkan kepada orang ramai. Semua dalam dunia masing-masing. Dunia AKU AKU dan AKU.
Okay.
Namun kesan dari GST yang menyebabkan harga barangan naik dan tekanan hidup turut meningkat menyebabkan permainan kutu terlibat juga.
(
Harapnya kerajaan lihat ke semua kesan secara langsung atau tidak langsung ini.
Serius, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Salam Sayang
Lynn Yanie



No comments:
Post a Comment