Monday, April 13, 2015

Perjalanan Istimewa Alif - Bahagian 7

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Sementara membuka blog, saya beri sedikit update kepada perkembangan Alif.
Alhamdulillah, semalam adalah sesi bersama Puan Hasanah di Bangi. Semalam merupakan sesi yang ke 5 bersamanya dan Alif nampak sangat seronok dan selesa bila bersama Puan Hasanah.

Kepada yang baru mengikuti blog ini, Puan Hasanah adalah pakar braingym di Malaysia. Seorang yang sangat saya hormati dalam pendidikan anak-anak istimewa seperti Alif dan rakan-rakannya. Alif, mempunyai masalah visual perception serta mempunyai mild dyslexia yang menyebabkan dia dikategorikan sebagai slow learner.

Alif bukanlah tidak dapat dibantu. Alhamdulillah selepas setahun mendapat bantuan yang diperlukan, dia sudah boleh membaca, menulis dan mengeja. Perkara-perkara ini adalah jauh daripada pemikiran saya sebagai seorang ibu, sekiranya anda melihat tahap Alif pada Jun 2014 yang lalu. Bukankan mengeja, menulis dan membaca juga adalah perkara yang sukar baginya.

Berbalik kepada sesi terapi braingym dengan Puan Hasanah.
Untuk makluman semua, braingym bukan sahaja untuk kanak-kanak istimewa seperti Alif, tetapi boleh diaplikasikan kepada semua anak-anak di setiap peringkat umur. Anda boleh mendapat lebih info di website Braingym ini.




Biasanya kanak-kanak istimewa mempunyai masalah dengan motor kasar dan motor halus. Oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti dalam braingym dalam membantu perkembangan motor-motor ini supaya kecekapan motor-motor ini ditambahbaik.

Alif bukan sahaja mendapat pertolongan dr Puan Hasanah, tetapi dari tenaga terapist dari Urbane Ethos di Denai Alam. Berita gembira, Alif mendapat satu slot dari Dr. Ranjini dari Park City Medical Centre hari Rabu ini. Moga dengan bantuan pakar perkembangan kanak-kanak terbaik di malaysia, dia mendapat segala yang diperlukan untuk advance dalam hidupnya.

Amin.

Salam sayang,
Lynn Yanie

No comments:

Post a Comment