InsyaAllah akan saya sampaikan segala ilmu yang bermanfaat dan bukan sekadar omongan kosong.
Sabtu lepas (11 April 2015) kami sekeluarga menyambut harijadi soulmate.
Boleh semak akhbar Kosmo! bertarikh 11hb April 2015 dalam segmen Rencana.
Terima Kasanabilah dan jurugambar yang hadir ke teratak buruk kami 25hb Mac 2015 yang lalu. Berbaloi penat lelah menyediakan 6 bento dalam masa beberapa jam. Siap demam selepas itu. LOL!
Selepas ini moga-moga blog ini akan lebih dapat memberi sumbangan kepada rakyat Malaysia terutama ibu-ibu yang memerlukan informasi berkenaan anak istimewa seperti Alif, bento, dan tips ibu bekerjaya seperti saya yang sedang menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi (amin!). Moga juga mendapat respon yang baik dari semua.
Salam Sayang,
Lynn Yanie



No comments:
Post a Comment