Sudah lama aku tidak meng"update" perkembangan Alif. Awal tahun dulu aku gembira. Namun, kini aku sedar darjah 3 mungkin tidak sesuai untuk Alif. Mungkin aku terlalu memaksa Alif yang mana mungkin keupayaannya jauh dari sangkaan guru-guru di PPKI. Memang sebenarnya Alif sepatutnya di temoatkan di darjah 2. Namun guru-guru di PPKI mahu dia mencuba di darjah 3. Mungkin salahku juga.. aku seharusnya benar-benar menyatakan pendirianku. Namun, aku seolah-olah juga mahu percaya Alif mampu.
Terapi di UE terpaksa dibataskan. Namun, ku lakukan segala OT yg boleh di rumah. Malam hari aku hantar dia ke tusyen berhampiran rumah. Jadualnya ketat sekali. Pagi sekolah di madrasah, petang sekolah kebangsaan dan 3 malam seminggu ada kelas tusyen. Kelas mengaji sudah 3 bulan dihentikan kerana kelas di perumahan ini ditamatkan.
Makin hari makin ku lihat penurunan dari segi fokus dan pendengaran Alif. Terapist di UE juga menyatakan memorinya yg dulu boleh ingat sehingga 6 item sudah turun ke hanya 1 item. Menangis hati ini. Segala daya usaha seperti masuk ke bakul sampah. Memang jelas, Alif tidak mampu menampung silibus darjah 3 yg punya darab dan bahagi dan macam-macam lagi.
Tambahan pula dengan guru-guru kelas Alif yang seolah-olah tidak hairan dengan perkembangan Alif. Tidak seperti di PPKI di mana mereka sangat positif. Ada guru yang memang tidak ambil kesah. Whatsapp dan segala kemudahan telefon tak pernah digunakan untuk memberitahu keadaan Alif di kelas. Kerja sekolah yang dibuat Alif jika lewat disiapkan tidak akan ditanda. Jika Alif tidak faham konsep dengan mudah sahaja dipangkah dan ditulis di situ TIDAK MENGUASAI.
Apa yang dilalui Alif juga dilalui rakan sebayanya. Namun, bagi Alif....impaknya lebih lagi kerana masalah pembelajaran yang dihadapi.
Kini, sudah bermula mimpi ngeriku semula. Apa yang guru pesan sudah tidak disampaikan kepadaku. Tidak seperti tahun lepas atau awal tahun. Alif sudah hilang dalam sistem pendidikan negara yang kononnya menjanjikan 1001 kebaikan dan perkembangan positif.
Maafkan saya cikgu. Buku tulis Alif yang telah habis 3 minggu lalu, dicanangkan dalam grup Whatsapp bukan penyelesaian kepada permasalahan Alif. Tetapi menampakkan kejengkelan seorang guru memahami anak murid yang punya masalah seperti Alif.
Aku tidak boleh bersabar lagi. Ini melibatkan masa depan Alif. Aku akan mengambil tindakan sebelum Alif lenyap langsung dalam sistem pendidikan yang hanya punya janji palsu buat insan istimewa seperti Alif.
Ya Allah. Berikan kami kekuatan. Ya Rabb, bantulah kami. Amin.
No comments:
Post a Comment