Friday, June 26, 2015

Ramadhan dan Supermommies

Hari ini buka FB ada cerita special drp seorg isteri. Boleh check out sini.

Pernah rasa sama keadaannya seperti sis ni dulu. Malah hari-hari pun memang penat. Ramadhan datang berganda penatnya.  Namun sis ini mengingatkan di mana setiap penat dan lelah kita Allah membalas setiap satunya jika kita ikhlas.

Kadang-kadang di hati kecil saya memberontak juga mahu ke masjid untuk menunaikan tarawih seperti zaman-zaman single saya dulu. Namun, semenjak berkahwin smp sekarang Allah belum kurniakan kesempatan itu kepada saya. Sedar tak sedar sudah 10 tahun berlalu.

Saya iri hati dengan mereka yang punya yang kelebihan Allah kurniakan untuk pergi ke masjid untuk bertarawih. Namun mendidih hati ini bila peluang itu disia-siakan kerana penat atau letih. Kemon la... setahun sekali.. penat sikit2 apa salahnya. Ganjaran bulan ni seolah-oleh Allah tabur pahala itu seperti gula atas roti planta.

Muhasabah diri juga... terkadang diri ini juga mengeluh penat kerana 'role' yang bertukar-tukar. Sebagai pelajar, pekerja, ibu, supir, cikgu, chef, maid.  Namun, tetap saya cuba sebolehnya melakukan solat sunat, tadarus, dan solat tarawih di rumah.

Please la...
Jangan sia-siakan Ramadhan.
Menyampah je kami ibu-ibu ni tengok uolls bersepah kat kedai mamak atau dok umah tengok tv/ main CSI atau candy crush.

Ingat.
Allah ingatkan.
5 Perkara Sebelum 5 Perkara.
1. Sihat sebelum sakit
2. Lapang sebelum sempit
3. Muda sebelum tua.
4. Kaya sebelum miskin
5. Hidup sebelum mati

Kalau nanti yang perkara no. 5 tu muncul, apah pun tak dapat Yop!

-LynnYanie-

No comments:

Post a Comment