Assalamualaikum w.b.t.
dan salam sejahtera followers (
ada ke??..
perasan lebey)
Benar bukan?
Bukan mudah menjadi pelajar, lagi lah pula menjadi pelajar ijazah doktor falsafah atau PHD.
Memang ada kadang-kadang rasa nak 'give up' dan bukan mudah untuk memotivasikan diri setiap hari untuk 'keep it up'. Seperti juga orang lain, kehidupan sebagai pelajar PHD ini seperti roller-coaster. Ada naik turunnya dan momentumnya juga berubah-ubah.
Di universiti saya bekerja (bila saya kembali nanti) telah menetapkan 3 tahun adalah wajib untuk menyiapkan PHD. Tambahan enam bulan akan dipertimbangkan sekiranya dirasakan perlu sahaja. Namun, trend pada tahun ini, ke semua permohonan tambahan masa belajar telah ditolak. Jadi saya dengan rasminya telah pun menganggap 3 tahun, by hook or by crook, wajib saya menamatkan pengajian saya (insyaAllah, usaha sedaya upaya).
Namun, persoalan yang masih membelenggu benak fikiran saya,.... BOLEH KE?
Boleh atau tidak itu tanya saya kembali hujung tahun hadapan.
Saya ingin membicarakan tentang cabaran sebagai pelajar PHD masakini dari segi gambaran di atas.
JADUAL BELAJAR SAYA
Biasanya saya akan sampai ke Postgrad Lab pada jam 8 pagi dan pulang pada jam 6.30 petang setiap hari.
Dibanding dengan rakan-rakan saya yang belum berumahtangga atau mempunyai anak bersekolah, jadual saya dikira mencabar. Pagi-pagi lagi saya akan keluar dari rumah untuk menghantar anak-anak bersekolah/ ke rumah pengasuh. Namun, himah di sebalik itu, saya akan sampai ke Postgrad Lab awal pagi juga. Saya akan keluar di waktu tengahari untuk mengambil Alif dari sekolah dan hantarkan ke rumah pengasuh, barulah saya makan tengahari dan kembali ke Postgrad Lab. Ada hari yang saya terpaksa keluar pada jam 4 petang untuk menghantar Aimy tusyen. Ada juga hari saya terpaksa pulang lebih awal untuk mengambil Alif pulang dari terapi di Urban Ethos di Denai Alam. Ya, Alif belajar di sekolah pendidikan khas dan perlukan terapi khas untuknya. Hari yang Alif ada terapi, saya akan stuck dalam jem dan ada kemungkina pulang lewat sehingga 7 atau 7.30 malam.
Pada awal
pengajian saya, sudah berbaldi air mata tumpah kerana mahu menyeimbangkan jadual saya, Alif dan orang lain. Supervisor tidak membantu, amalh menambahkan kekusutan saya. Namun, lama kelamaan, jadual saya lebih teratur dan kini, alhamdulillah, makin fokus dalam pembelajaran.
Jadual saya terlalu kompleks sehingga ada rakan yang memberi komen, untungnya mereka masih belum punya anak atau berkahwin kerana kesiankan saya keluar masuk lab.
PERSEPSI ORANG LAIN
Ramai yang menganggap, oleh kerana kami tidak terikat dengan jadual bekerja hakiki, kami bebas datang dan pulang pada bila-bila masa yang kami suka. Ada benarnya, tetapi untuk saya dan kebanyakan rakan, kami terpaksa mengatur jadual kami sendiri dan displin. Kerja yang kami perlu selesaikan lebih dari kerja semasa bekerja. Come on, saya
tahulah... saya juga bekerja sebelum ini.
Saya tinggal di kawasan kejiranan yang rata-ratanya 95% adalah beragama Islam. Oleh yang demikian, kami anjurkan kelas mengaji yang selalunya dibuat di rumah saya di mana kami panggil seorang ustzah datang dan mengajar kami membaca al-Quran dengan betul. Bukan maksudnya kami tidak langsung boleh membaca al-Quran, tetapi kami ingin membaca al-Quran dengan cara Rasulullah, mengikut sunnah. Kata kunci utama,
selalu dibuat di rumah saya. Ini kerana persepsi jiran-jiran, saya BANYAK MASA dibanding mereka. Hikmahnya, saya lebih terkehadapan dari mereka dalam kelas mengaji kerana saya susah untuk ponteng. Kalau hendak, seribu daya kan?
Mujur mertua saya tidak begitu memahami belajar di tahap PHD bagaimana dan saya memberi informasi seolah-olah saya sedang bekerja. Namun begitu, saya terpaksa menjawab soalan-soalan biasa seperti, tak de kelas ke atau cuti semester mula bila?
Bukan setiap hari kita boleh menghadap dan belajar sepanjang hari sepanjang masa. Itu semua sedia maklum. Biasanya, apabila tepu, saya akan menulis blog atau pergi membeli barang dapur atau membuat housekeeping pada meja study atau berbasikal atau ke gym dsbnya. Sesuatu aktiviti yang kurang memerlukan berfikir saya akan lakukan.
PERSEPSI SUPERVISOR
Supervisor saya seorang berbangsa cina dan tidak berkahwin. Seluruh hidupnya didedikasikan kepada kerjaya beliau. Oleh itu, memohon cuti adalah sesuatu yang amat-amat sukar. Semasa saya hendak ke OZ, diberikan saya tugasan sehingga ke saat akhir. Malah di OZ juga diberikan tugasan lagi. Cuti untuk perkahwinan adik ipar juga sehingga terpaksa bergaduh kerana dibanding dengan rakan-rakan se'supervisor' saya selalu memohon cuti untuk keluarga. Dia bimbang saya terbawa-bawa dan masa terlalu banyak untuk keluarga.
Saya terpaksa membuktikan diri saya sentiasa bahawa saya boleh membahagikan masa saya dengan baik dan tugasan yang diberikan saya akan buat dengan sesempurna yang boleh, barulah beliau boleh bernafas lega dan membiarkan saya bercuti. Bukan mudah, dan polisi universiti yang sentiasa berubah tidak membantu malah menambahkan kekusutan kami yang memegang biasiswa kerajaan. Tiga tahun yang diberikan, kami cuba sedaya upaya untuk menyiapkan tesis kami.
HIKMAHNYA
Saya seorang yang cuba optimis dalam setiap perkara.
Saya tidak dapat mengubah pandangan orang terhadap saya, namun saya cuba mengambil positif dari setiap kata-kata itu. Bukan mudah untuk positif sentiasa, namun, saya cuba. Sesiapa yang saya anggap
negatif, saya
akan cuba 'avoid'.
Semenjak menyambung pengajian PHD ini, saya dapati saya melihat setiap perkara dengan kritis. Saya cuba memahami apa yang berlaku dan sekiranya sesuatu yang berlaku itu negatif, saya akan cuab melihat hikmah di dalam setiap perkara.
Paling
saya sedar, betapa Allah menyayangi saya.
Dalam setiap dugaan yang saya lalui, daripada Alif didiagnos sebagai slow learner, kepada proposal saya di'fail'kan oleh panel, kepada semua perjalanan saya dari berhenti kerja di UniKL sampai saya dipindahkan dari INTEC ke kampus induk, segalanya saya telah nampak himah dariNYa.
Malu kepadaNya kerana reaksi negatif yang pelbagai dari diri yang kerdil ini.
-
LynnYanie-